Rusia Haramkan Yoga Kerana Pemujaan Agama



PIHAK berkuasa Rusia mengharamkan aktiviti senaman yoga kerana ianya dikatakan menyerupai ritual keagamaan Hindu.

Dilaporkan setakat ini dua buah studio yoga di daerah Nizhnevartovsk telah diberi surat amaran untuk mengolah semula operasi mereka selepas dipercayai mengajar kelas yoga jenis Hatha, satu jenis yoga yang popular di Eropah.

Menurut The Moscow Times, surat yang diterima itu mengarahkan mereka agar tidak lagi mengajar seni gerakan yoga yang menyamai dengan ritual keagamaan terbabit.

“Surat itu mengatakan Hatha yoga mempunyai persamaan dengan pergerakan keagamaan agama Hindu. Pihak berkuasa telah mengarah pemilik yoga itu untuk menghentikan kelas yoga jenis itu.

Seorang guru yoga, Inga Pimenova berkata semua orang terkejut dengan arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap pemilik yoga di negara mereka.

Menurut Inga, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam mempratikkan ajaran yoga dalam kelasnya selepas ini seperti mana mengikut arahan yang termaktub oleh pihak berkuasa sana.

Mengikut kepercayaan Hindu, Hatha yoga diteraju oleh Shiva, salah satu dewa Hindu dan pergerakkan yoganya mengajar displin dalam melakukan gerakan senaman serta bacaan mantera. – MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news