Pelajar kolej swasta tawar khidmat pelacuran



GEORGETOWN - Aktiviti tidak bermoral oleh tujuh wanita warga asing sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen negeri menyerbu sebuah hotel murah di Jalan Transfer malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abdul Rahman Hassan berkata, ketika serbuan, dua daripadanya cuba melarikan diri namun gagal kerana anggota Jabatan Imigresen sudah mengepung laluan keluar hotel berkenaan.

“Ketika serbuan, ada beberapa daripada wanita berkenaan sedang leka melanggan pelanggan di dalam bilik yang disediakan di hotel bajet itu. Kita berjaya menahan lima wanita Nigeria dan dua dari Uganda yang disyaki menjalankan kegiatan perkhidmatan seks.

“Hasil siasatan, kita dapati kesemua wanita berkenaan mempunyai pas pelajar di kolej swasta sekitar Lembah Klang dan kita masih belum mengesahkan pasport mereka. Namun, siasatan lanjut akan dibuat,” katanya kepada media kelmarin.

Menurutnya, sindiket didalangi orang tempatan.

Abdul Rahman berkata, kesemua yang ditahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b)Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news