Petani temui mayat dua makhluk misteri 'Chupacabra'

MONTE PATRIA - CHILE. Sekumpulan petani hidup dalam ketakutan selepas menjumpai dua bangkai misteri yang dipercayai haiwan penghisap darah kambing yang digelar "Chupacabra".

Perternak kambing, Javier Prohens, 45, berkata, bangkai tersebut ditemui di sebuah kilang arak.

"Pada mulanya, kami syak ia adalah bangkai kelawar, tetapi selepas diteliti, ia adalah haiwan lain kerana kepalanya lebih besar dari kelawar.

"Ada yang mengatakan ia seperti Chupacabras," katanya.

Chupacabras adalah sejenis haiwan pelik yang dikenali sebagai "parisit kambing" yang kebiasaannya ditemui di sekitar selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) dan ia dikatakan boleh melompat seakan-seakan kanggaru.

Haiwan ini dikatakan sejenis haiwan dongeng reptilia yang mempunyai kulit berwana kelabu kehijauan dan berduri tajam di bahagian bawah.

Menurut seorang penternak kambing, Querubin Lebron, 38, penduduk agak bimbang dengan keselamatan binatang ternakan mereka kerana ia adalah punca rezeki mereka.

"Walaupun haiwan tersebut dikatakan hanya menyerang haiwan, tapi siapa tahu jika ia akan menyerang anak-anak kita juga, " katanya dipetik Mirror Online.


Pertandingan ratu cantik kambing meraikan ulang tahun yang ke-645 (6 GAMBAR)

PERKAMPUNGAN Ramygala di Lithuania pernah mendapat jolokan 'ibu kota kambing' pada abad ke-16.

Sejak itu, haiwan tersebut telah menjadi simbol popular dalam kalangan masyarakat tempatan yang turut meraikan ulang tahun ke-645 sambutan festival unik tersebut.

Pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk pertandingan ratu cantik kambing yang digelar sebagai Goat Parade lapor The Mirror.

Penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan acara tersebut yang diadakan di kawasan terletak 150 kilometer di utara Vilnius pada 20 Jun lalu.

Kesemua 'peserta' tersebut turut dipakaikan dengan pakaian tradisional masyarakat Lithuania dan hanya satu daripadanya akan dimahkotakan sebagai ratu cantik.

"Ia sememangnya satu acara yang menarik dan berjaya mencuit hati penonton," kata penduduk, Marius Daniela. 


Doktor Temui Mumia Dalam Perut Wanita Berusia 92 Tahun

CHILE - Kejadian terjatuh yang menimpa seorang warga emas baru-baru ini memberikan kejutan terhadap doktor yang merawat beliau.

Menurut doktor dari hospital Claudio Vicuna, Estela Melendez, 92, membawa 'mumia' fetus di dalam kandungannya ketika merawat kecederaan wanita terbabit.

Doktor juga tidak akan membedah Melendez untuk mengeluarkan fetus tersebut kerana umur wanita berkenaan dan pembedahan dikhuatiri akan memberi kesan sampingan.

Laporan Reuters mengatakan mumia fetus tersebut berusia 50 tahun.

Melendez memberitahu, doktor mendakwa beliau dijangkiti tumor di bahagian perut pada lebih 50 tahun lepas.

Tumor tersebut tidak pernah dikeluarkan.

Fetus beku, atau dikenali sebagai lithopedion berlaku apabila fetus mengeras di luar uterus selepas meninggal dunia ketika berada dalam kandungan.

Sinar Harian

Ilustrasi RUSS MILLS (9 GAMBAR)

Russ Mills adalah seorang artis grafik / ilustrator british yang kaedah kerjanya adalah gabungan antara media tradisional & pengimejan digital. Beliau mengecat dengan bold strokes, menggunakan tekstur diimbas dan contengan dengan memanipulasikanya dengan komputer.









Karya Seni Chris Newman (8 GAMBAR)

Chris Newman adalah artis berbakat, dia pelukis kontemporari, komposer dan persembahan artis, Chris Newman tinggal di Berlin. Ini adalah rakaman pertama Piano sonata beliau, aspek yang besar dan penting untuk kerjanya. Dalam aktiviti-aktivitinya termasuk lukisan, pemasangan dan seni persembahan. Chris Newman juga aktif dalam puisi dan beliau menulis banyak puisi indah. Di sini kami akan menyenaraikan karya seni ilustrasi konsep beliau yang begitu memberi inspirasi dan menarik. Beberapa artis memanggil ilustrasi beliau "karya seni konsep elektronik ".














Bangunan Burj Khalifa Mempunyai Tiga Waktu Berbuka


Salah satu perkara menarik mengenai Ramadan yang berlaku dalam masyarakat kita apabila ramai yang berbicara waktu Maghrib, sesuatu yang mungkin kita tidak ambil kisah sangat dalam bulan lain.

Sebabnya? Mudah sahaja. Waktu Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka puasa untuk semua muslim.

Namun, adakah anda tahu mereka yang tinggal dan bekerja di bangunan Burj Khalifa di Dubai melalui tiga waktu berbuka yang berbeza walaupun berkongsi satu bangunan!

Burj Khalifa ialah bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 829.8 meter dibuka pada Januari 2010.

Bagi mereka yang berada di tingkat atas sering menyaksikan matahari masih lagi kelihatan walaupun ia telah terbenam sepenuhnya di seluruh hub pelancongan dan perlancongan Teluk itu

Menurut sarjana dan penguatkuasa Islam di sana, tempoh berpuasa berakhir apabila seluruh matahari tidak lagi kelihatan di kaki langit.

"Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain di bandar dan terdapat perbezaan masa selama dua minit," kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.

Seorang lagi tokoh agama Dubai, Mohammed Al-Qubaisi dilaporkan menyatakan mereka yang berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum berbuka.

--Malaysian Digest

Bersalin Selepas Tiga Hari Disahkan Mengandung

"Mustahil...tak mungkin dan menipu." Itu antara tomahan diterima Zaidatun Akmam Azmi, 26, sebaik memberitahu ahli keluarganya mengenai kandungan yang berusia 39 minggu.

Berita mengenai kandungan itu bukan tidak diterima oleh keluarganya, tetapi mereka terkejut kerana sebelum ini Zaidatun Akmam bukan saja tidak bercerita pasal kandungannya, malah langsung tidak pernah menunjukkan perubahan atau tanda-tanda yang dirinya mengandung.

Lebih sukar diterima akal yang waras, apabila Zaidatun Akmam memberitahu, beliau sendiri tidak sedar selama ini dirinya mengandung dan hanya mengetahuinya apabila kandungan mencecah sembilan bulan. Padahal, ia bukanlah pengalaman kali pertama beliau menimang cahaya mata.

Lebih mengejutkan, selang tiga hari daripada disahkan mengandung oleh pihak hospital, wanita itu terus bersalin.

Zaidatun Akmam atau lebih mesra dengan panggilan Zai berkata, beliau tidak sedar perubahan fizikal dirinya kerana sememangnya berbadan besar dan tinggi serta mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Bagaikan mimpi

"Semuanya bagaikan mimpi dan berlaku dengan pantas. Pada 23 Februari lalu, saya mengalami sakit perut yang teruk dan suami membawa ke klinik untuk pemeriksaan.

"Pada pemeriksaan pertama doktor memberitahu, berkemungkinan saya mengandung dan saya memberi reaksi dengan mengatakan tidak mungkin kerana saya tidak mengalami sebarang simptom orang mengandung. Tiada alahan, tiada sebarang sakit atau mudah letih seperti yang saya pernah alami saat mengandungkan anak yang pertama, malah suami juga tidak sedar dengan perubahan fizikal saya," katanya ketika ditemui FAMILI baru-baru ini.

Zai berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan hamil dia bergerak seperti wanita normal dan sering melancong bersama suami, malah baru-baru ini beliau sempat berjalan ke Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Laluan ke kawasan peranginan itu juga dikatakan berbukit bukau dan sepanjang percutiannya itu beliau sedikit pun tidak mengalami sebarang kesakitan mahu pun mengadu letih.

"Saya bersyukur kerana dianugerahkan bayi ini justeru nama yang diberi adalah Muhammad Iman Faidi iaitu Faidi yang membawa maksud 'kurnianku'.

"Faidi kini berusia 12 hari dan saya masih dalam pantang, Allah mempermudahkan segala urusan walaupun saya tidak sempat membuat sebarang persiapan menyambut kelahirannya.

"Saya mengalami komplikasi yang teruk sewaktu melahirkan anak yang pertama, termasuk pendarahan dan bayi tidak bergerak serta doktor juga mengatakan bayi mempunyai peluang yang tipis untuk hidup, namun saya percaya kepada kebesaran tuhan yang mempermudahkan segala-galanya. Walaupun saya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan kedua-dua anak ini tetapi ia adalah pengalaman yang cukup bermakna," katanya.

Dituduh mengada-adakan cerita

Zai berkata, saat melahirkan Faidi suami tidak berada di sampingnya kerana doktor menyangkakan beliau akan bersalin pada 26 Februari.

"Bayangkan, tiga hari sebelum kelahiran kami dikejutkan dengan berita saya mengandung dan dalam tempoh beberapa hari saja bayi dilahirkan.

"Dalam pada saya bersyukur dengan anugerah bayi yang dikurniakan ini saya juga sedih kerana seandainya berita itu diketahui lebih awal pelbagai persediaan dapat dilakukan lebih-lebih lagi pengambilan makanan berkhasiat seperti asid folik yang baik untuk perkembangan bayi dapat diberikan," katanya.

Kisah Zai ini dikongsi menerusi akaun Facebook miliknya dan ia menerima pelbagai reaksi dan terus menjadi viral dalam kalangan penggunanya.

"Saya mula mengarang kisah saya ini di Facebook sehari selepas bersalin dan waktu itu masih berada di hospital. Siapa sangka saya mendapat maklum balas dari ramai pihak, lebih-lebih lagi pasangan yang belum memiliki cahaya mata. Mereka menjadikan kisah saya sebagai sumber inspirasi dan saya menerima pelbagai mesej di Facebook bertanyakan perkembangan Faidi dan tidak kurang juga yang mendoakannya.

"Namun di sebalik kata-kata perangsang itu ada juga yang menuduh saya menipu dan mengada-adakan cerita. Mahu saja saya katakan kepada mereka yang saya sendiri sukar untuk mempercayai perkara ini apatah lagi masyarakat lain, namun yakinlah dengan kebesaran Allah dan ini adalah bukti kurniaan-Nya yang terindah buat kami sekeluarga," katanya mengakhiri perbualan kami.

Bukan kes ganjil

Sementara itu, FAMILI mendapatkan penjelasan dari sudut perubatan mengenai kes Zai.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Suhaimi Isa, berkata kes ini banyak berlaku kepada wanita mempunyai tubuh fizikal yang besar.

Katanya, kebiasaannya wanita berbadan besar cenderung tidak sedar dengan perubahan fizikal dialami berbanding mereka bertubuh badan yang kecil dan kurus.

"Kes ini agak ganjil, tetapi saya pernah berdepan dengan pesakit yang mengalami situasi yang sama. Tuduhan yang mengatakan mereka menipu atau menyembunyikan kandungan tidak benar kerana saya percaya kepada pesakit saya.

"Kebanyakan kes yang saya uruskan ibu dan bayi kedua-duanya normal...mungkin kuasa tuhan, alhamdulilah tiada sebarang masalah.

"Bagaimana pun pesakit dinasihatkan jangan mengambil mudah perkara ini. Sekiranya kandungan tidak diperiksa, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita khuatir bayi yang dilahirkan nanti terlalu kecil, tidak cukup bulan, meninggal di dalam perut atau pun mengalami kecacatan serius," katanya. yang bertugas di Hospital Pantai, Ampang.

Kitaran haid tidak normal

Suhaimi juga berkata, perkara ini tidak atau jarang berlaku kepada wanita yang normal kitaran haid, sebaliknya mereka yang mempunyai masalah dengan haid berpotensi mengalami situasi ini.

"Wanita yang berbadan besar ini cenderung mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal. Ada pesakit yang tidak datang haid hampir setahun justeru mereka menganggap perkara itu adalah normal dan mengambil sikap tidak endah serta tidak membuat pemeriksaan," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan supaya wanita lebih prihatin terhadap tubuh mereka dan melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami sebarang masalah berkaitan wanita.

"Ibu mengandung dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kandungan secara berkala. Ini bagi memastikan bayi serta ibu mengandung itu tidak menghadapi masalah sebelum atau ketika bersalin.

"Kita bimbang, ibu mengandung ini mudah diserang darah tinggi dalam waktu yang sama bayi di dalam kandungan pula memerlukan nutrisi yang berkhasiat.

- Sinar Harian

Pertandingan Selfie Bulu Ketiak Tarik Perhatian Netizens (7 GAMBAR)

SINGAPURA: Satu pertandingan secara dalam talian yang meminta wanita di China memuat naik gambar bulu ketiak mereka menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan hangat mengenai kecantikan wanita.

Pertandingan melalui laman Weibo yang bermula pada pada 26 Mei lalu dan berakhir pada 26 Jun ini terbuka untuk wanita sahaja.

Walaupun menerima maklum balas yang kurang menggalakkan iaitu sekitar 40 penyertaan, hashtag #WomensArmpitHairCompetition itu bagaimanapun menarik minat lebih daripada 1.3 juta netizens yang mengemukakan pandangan masing-masing mengenai topik berkenaan.

Xiao Meili, aktivis hak asasi wanita yang melancarkan peraduan itu menegaskan dalam satu temu bual telefon dengan New York Times bahawa dia tidak menggalakkan wanita untuk membiarkan bulu tumbuh di ketiak mereka.

Namun beliau sebaliknya mahu masyarakat mengelak daripada membuat tafsiran sendiri bagi mereka yang memilih untuk tidak bercukur.

"Lelaki mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi apa yang perlu dilakukan dengan tubuh mereka. Jadi kita tidak harus berfikir perempuan yang mempunyai bulu di ketiak adalah menjijikkan, tidak bersih atau tidak cukup feminin," tambah beliau.

Xiao mendakwa amalan mencukur bulu ketiak adalah satu konsep yang agak baru di China kerana baru sahaja dipopularkan sekitar 1990an.








Menjenguk Ladang Neverland di California milik Michael Jackson (8 GAMBAR)

Bogel: Video Pelancong British Mohon Maaf Berkelakuan 'Bodoh'

LONDON: Pelancong wanita warga Britain yang dihantar pulang dari Malaysia selepas mengaku bersalah berbogel di puncak Gunung Kinabalu tampil memohon maaf diatas kelakuannya itu.

Eleanor Hawkins,23, antara salah seorang daripada empat pelancong dari Eropah Barat terbang ke Kuala Lumpur pada Sabtu untuk pulang ke negaranya selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkelakuan lucah.

"Saya sedar sudah berkelakuan bodoh dan tahu kesilapan itu telah memberi kesan kepada penduduk di Sabah. Untuk itu, saya sesungguhnya memohon maaf," jelas Hawkins di luar kediamannya di Draycott, England.

Dia tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London awal pagi Ahad.

Ibunya, Ruth berkata: "Dia sedar apa yang dilakukan itu adalah salah dan tidak menghormati dan...dia telah sewajarnya dan adil dihakimi oleh pihak berkuasa Malaysia dan menjalani hukuman sepenuhnya."

Keempat-empat mereka ditahan awal minggu ini ketika kejadian gempa bumi berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Jun lalu yang menyebabkan kematian 18 orang.

Pada Jumaat, mereka mengaku bersalah dan didenda RM5,000 serta hukuman penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bermula tarikh penahanan pada Selasa dan bermakna mereka telah selesai menjalani hukuman tersebut.-AFP

PELIK - Seorang remaja Indonesia bertelur


Gowa, Indonesia: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini terkejut selepas seorang remaja lelaki berusia 12 tahun mendakwa mengeluarkan telur melalui duburnya.

Remaja yang dikenali sebagai Akmal itu mendakwa sudah mengeluarkan tujuh biji objek seperti telur ayam sejak beberapa hari lalu.

Keluarga Akmal yang berasal dari Desa Mengempang dekat sini yang bimbang dengan keadaan anaknya membawa remaja itu ke hospital untuk rawatan lanjut.

Doktor di Hospital Syech Yusuf Sungguminasa yang merawat Akmal semalam membuat imbasan X-ray dan terkejut apabila mendapati ada satu objek seperti telur di bahagian dubur remaja itu.

Tidak lama selepas dimasukkan ke hospital itu, Akmal sekali lagi mengeluarkan objek seperti telur ayam berkenaan.

Akmal berkata, telur itu mula keluar dari duburnya selepas dia tiba-tiba sakit perut sejak beberapa hari lalu.

“Sebelum telur ini keluar saya akan sakit perut sebelum tiba-tiba telur ini keluar dari dubur saya,” katanya.

Katanya, sehingga semalam dia sudah mengeluarkan tujuh objek yang menyerupai telur ayam.

“Bapa saya memecahkan sebiji telur itu dan mendapati dalamnya sama seperti telur ayam,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Ferliyani berkata, pasukan perubatan masih bingung bagaimana objek asing itu boleh berada di dalam tubuh remaja berkenaan.

“Kami masih memantau keadaan Akmal dan telur yang dikeluarkan remaja itu sedang dianalisis,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56803#sthash.yMIIqFH4.dpuf

Kaki pancing rakam gambar dengan ikan gergasi (3 GAMBAR)

STOCKHOLM 3 Jun – Seorang kaki pancing, bertindak terjun ke dalam sungai semata-mata mahu bergambar bersama seekor ikan gergasi yang berjaya ditangkap­nya, di perairan Kepulauan Lofoten di Norway, baru-baru ini.

Erik Axner sempat mengabadikan kenangan bersama ikan halibut yang ditangkapnya. AGENSI

Mail Online melaporkan, Erik Axner melakukan aksi itu selepas ikan halibut seberat 101 kilogram yang ditangkapnya tidak muat untuk dibawa naik ke dalam sampan.

Pemuda berusia 24 tahun tersebut terpaksa bertarung selama sejam sebelum berjaya membawa ikan yang mempunyai khasiat tinggi untuk penyakit asma itu ke permukaan air.

Berhasrat untuk mengabadikan pengalaman tersebut, Axner bertindak mengikat badannya de­ngan tali yang disangkut dengan bot sebelum terjun ke sungai dan bergambar dengan haiwan berkenaan.

“Selepas mengambil beberapa keping gambar, saya kembali ke bot dan melepaskan ikan tersebut ke habitat asalnya.

“Ini satu pengalaman manis kerana saya terpaksa bertarung selama lebih satu jam. Walaupun sangat memenatkan, saya berasa sangat puas hati,” kata Axner.

Ikan halibut sering menjadi menu masakan utama di kebanyakan restoran di negara ini, dengan setiap seekor halibut gergasi boleh dijual pada harga 6,000 pound (RM33,879).




Agensi Angkasa Eropah (ESA) Rancang Bina Bandar Di Bulan (5 GAMBAR)

LONDON 8 Jun - Agensi Angkasa Eropah (ESA) merancang pembi­naan sebuah perkampu­ngan angkasa di bulan yang menyerupai rumah kediaman watak rancangan kanak-kanak terkenal ‘Teletubbies’, bagi me­nggantikan Stesen Angkasa An­tarabangsa (ISS).

Portal berita Daily Mail melaporkan, penyelidik ESA, Profesor Jan Woerner berkata, pem­binaan kampung digelar ‘Lunarville’ itu dijangka siap pada 2024 dan akan mencetuskan satu inovasi yang terhebat.

“Kerja-kerja pembinaan ste­sen di bulan itu akan mencetuskan satu lonjakan besar dalam teknologi inovasi di Bumi.

“Bahagian belakang bulan, yang tidak dapat dilihat dari Bumi, akan menyediakan kea­daan terbaik untuk penyelidikan apabila beberapa buah teleskop akan diletakkan bagi menyediakan pandangan yang tidak terganggu ke dalam ruang angkasa,” kata Woerner.

Tambahnya lagi, untuk permulaan, bahan pembinaan dan makanan akan menjadi ke­utamaan.

Air pula katanya akan dihasilkan daripada gas Hidrogen, sementara tanaman mungkin boleh ditanam di rumah hijau.

“Para penyelidik akan kekal berada di angkasa untuk beberapa bulan dalam satu-satu masa. Sebuah perkhidmatan pengangkutan ulang-alik secara tetap perlu diwujudkan dalam kes kecemasan perubatan,” ujarnya.

Namun, kos untuk membinanya terbukti menjadi halangan terbesar berbanding kea­daan persekitaran yang tidak dijangka di angkasa.

Lebih 75 bilion pound (RM429 bilion) diperlukan untuk membina ISS sebelum ini, dan kos pembinaan sebuah perkampungan di bulan mungkin menelan belanja lebih dari itu.

Bagaimanapun, Woerner berasa sangat yakin bahawa beberapa negara akan saling membantu untuk membinanya dan Universiti Teknikal Darmstadt di Jerman sedang mereka bentuk kediaman untuk dibina di sana.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news