Suasana Kehidupan Rakyat Afghanistan Pada Tahun 1969 (12 GAMBAR)

Afghanistan, negara di persimpangan jalan Asia Tengah, telah banyak mengalami sejarah yang bergolak. Sejak berkurun lamanya, Afghanistan pernah dijajahi banyak kuasa-kuasa besar seperti Genghis Khan danIskandar Zulkarnain (Alexander the Great).

Period stabil yang terakhir sekali dikecapi oleh Afghanistan wujud dari tahun 1933 hingga 1973, apabila negara itu berada di bawah pimpinan Raja Zahir Shah. Pada 1973, Sardar Mohammed Daoud, saudara kepada Zahir Shah telah melancarkan rampasan kuasa. Namun pada 1978, Daoud dan keluarganya dibunuh oleh ahli komunis Parti Demokratik Rakyat Afghanistan yang memberontak dan berjaya mengambil alih kuasa memerintah.

Penentangan dan konflik yang hebat terhadap kerajaan berhaluan kiri telah memaksa Soviet Union untuk menakluk Afghanistan pada 24 December 1979. Namun demikian, setelah berhadapan dengan tekanan antarabangsa dan 15,000 askar Soviet terkorban akibat tentangan puak mujahideen yang dilatih oleh Amerika Syarikat, Pakistan dan kerajaan lain; askar Soviet berundur dari tanahair Afghanistan pada tahun 1989.

SUMBER ASAL


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news