Lot parkir RM3.16 juta

New York: Pemaju sebuah kondominium di kejiranan SoHo di sini menawarkan lot parkir yang lebih mahal berbanding sebuah rumah sederhana mewah di Dallas atau Seattle - AS$1 juta (RM3.16 juta).

Akhbar New York Times melaporkan, 10 parkir bawah tanah di 42 Jalan Crosby itu jauh lebih mahal daripada apartmen di atasnya.

Lot parkir berkenaan akan dijual dengan harga antara kira-kira AS$5,000 (RM16,000) dan AS$6,666 (RM21,300) setiap kaki persegi.

Apartmen tiga bilik diatasnya berharga sekitar AS$8 juta (RM25.6 juta) hingga AS$10 juta (RM32 juta) atau kira-kira AS$3,100 (RM9,900) setiap kaki persegi.

Ketua Pegawai Esekutif syarikat pemaju itu, Shaun Osher berkata, kawasan parkir di SoHo amat terhad dan pihaknya bersedia untuk menjadi pendahulu dalam menetapkan harga mahal bagi tempat letak kereta. - Agensi




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news