10 pemain BOLA SEPAK terkaya di dunia 2014


Senarai 10 pemain terkaya dunia termasuk dua bintang Liga Perdana Inggeris ini adalah merangkumi aset, gaji, tempoh kontrak, bonus dan pengesahan penajaan.

1. Cristiano Ronaldo: RM660 juta (£122 juta)

Pemain Portugal yang dinobatkan pemain terbaik dunia pada 2013 ini hanya sedikit mengatasi pesaingnya Lionel Messi selepas berada di kedudukan teratas senarai pemain terkaya di dunia.

2. Lionel Messi: RM652 juta (£120.5 juta)

Bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d'Or 2013, Lionel Messi berada di kedudukan kedua di belakang Ronaldo, dengan Barca turut dikecewakan tiga kali berturut-turut selepas gagal mengatasi Real dalam merebut kejuaraan La Liga sebelum ini.


3. Samuel Eto'o: RM378 juta (£70 juta)

Pemain Cameroon, Samuel Eto'o, menerima pemotongan gaji sebanyak RM70 juta (£13 juta) selepas menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala musim ini, dengan gajinya berubah dari RM1,900,000 (£350,000) kepada RM540,000 (£100,000). Ketika di Rusia beliau merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

4. Wayne Rooney: RM373 juta (£69 juta)

Penyerang Manchester United ini baru sahaja menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bola sepak British yang mana beliau akan menerima RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan perjanjian baru ditambah dengan pelbagai perjanjian penajaan, ia membuatkan Rooney menjadi pemain bola sepak Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.

5. Kaka: RM365 juta (£67.5 juta)

Pemain Brazil ini kecundang di Real Madrid, namun kembali bangkit ke prestasi terbaiknya di AC Milan. Beliau pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain kegemaran kelab itu.

6. Neymar: RM356 juta (£66 juta)

Selepas membuat perpindahan besar ke Eropah pada musim lalu, Neymar meletakkan dirinya dalam senarai 10 pemain terkaya. Bintang Barcelona, Neymar, kini turut bersama skuad negaranya, Brazil, untuk bersaing dalam Piala Dunia yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

7. Ronaldinho: RM346 juta (£64 juta)

Pemain berusia 33 tahun ini meninggalkan Eropah empat tahun lalu tetapi dia kekal sebagai pemain bola sepak yang paling dikenali di dunia. Beliau yang kini beraksi di Atletico Mineiro masih mempamerkan kemampuan dan bakatnya.

8. Zlatan Ibrahimovic: RM308 juta (£57 juta)

Selepas siri perpindahan di kalangan kelab besar termasuk AC Milan, Inter, Barcelona, Juventus dan PSG, ia menyaksikan Zlatan mengumpul kekayaan yang besar. Pemain lincah Sweden ini adalah salah seorang pemain paling berkarisma dan juga mempunyai perjanjian penajaan besar dengan jenama sukan Nike.

9. Gianluigi Buffon: RM281 juta (£52 juta)

Kapten Itali dan Juventus ini adalah penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak selepas menandatangani kontrak besar dengan Old Lady.

10. Thierry Henry: RM254 juta (£47 juta)

Thierry Henry adalah salah seorang daripada dua pemain yang beraksi di luar eropah tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Beliau menandatangani kontrak lumayan dengan New York Red Bulls pada 2010. Lagenda Arsenal ini kini berusia 36 tahun tetapi masih menjadi penjaring utama di kelab MSL itu.

Teknik penyamaran Haiwan Yang Menakjubkan (19 Gambar)




















Potret Pastel OLEH Emma Uber (11 Gambar)

Artist Emma Uber mempunyai kepandaian khusus yang luar biasa untuk lukisan wajah. Siri beliau iaitu potret pastel dibuat dengan terperinci dan cantik yang kebanyakannya bersifat feminin menggabungkan latar belakang yang pekat, strok bertenaga, larutan dan calitan cat, berwarna-warni dan bunga. 












Gua Avshalom Yang Menakjubkan

Gua Avshalom atau juga dikenali dengan nama Soreq Cave atau Stalactites Cave terletak di Bet Shemesh, Israel adalah sebuah gua yg berumur 25 juta tahun dan seluas 5000 meter persegi. Ia mengandungi koleksi stalactites dan stalagmites yg sungguh mengkagumkan dan ada yg berbentuk menakutkan.

Gua ini dinamakan selepas Avshalom Shoham, seorang askar Israel yang terbunuh dalam perang "War of Attrition". Selepas penemuan, lokasi gua telah dirahsiakan selama beberapa tahun untuk takut kerosakan kepada khazanah semula jadi.
Suhu dan kelembapan di dalam gua sepanjang tahun berterusan, dan ia kini dibuka kepada pelawat.




Fotografi Dasar Laut OLEH Alexander Semenov (13 GAMBAR)

Alexander aktif terlibat dalam makro fotografi dasar laut dan popularisasi sains di Internet. Beliau telah menerbitkan artikel dalam jurnal saintifik, majalah tentang menyelam dan fotografi, peserta dan pemenang pertandingan antarabangsa gambar hidupan liar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news