Tiada bukti kukuh Puteri Diana dibunuh

LONDON - Pihak berkuasa Britain, kelmarin memaklumkan tiada bukti kukuh menunjukkan Puteri Diana dibunuh seorang Askar Komando Perkhidmatan Udara Khas (Sas) seperti yang didedahkan Ogos lalu.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Metropolitan (MPS) memberitahu mereka telah melakukan siasatan terperinci untuk menilai kredibiliti maklumat tersebut.

Difahamkan, dipetik dari AFP, dakwaan menerusi sepucuk surat itu dibuat oleh mertua seorang bekas askar yang mendakwa Sas bertanggungjawab di atas kematian Diana dan perkara tersebut dikatakan tidak didedahkan kepada umum.

Hasil siasatan ke atas kematian Diana bersama teman lelakinya, Dodi al-Fayed sebelum ini mendapati kemalangan yang berlaku di sebuah terowong di Paris pada Ogos 1997 itu berpunca daripada kecuaian pemandu mereka.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news