Mangsa rogol beramai-ramai meninggal

Singapura: Mangsa rogol beramai-ramai dari India yang menerima rawatan intensif di Singapura meninggal dunia akibat kecederaan dan kegagalan fungsi organ, di sebuah hospital di republik ini awal pagi semalam.

“Kami dengan rasa amat dukacita mengumumkan bahawa pesakit meninggal dunia dengan tenang kira-kira jam 4.45 pagi waktu tempatan pada 29 Disember. Keluarga dan pihak berkuasa dari Pesuruhjaya Tinggi India berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth Kelvin Loh, dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan mendapat liputan penuh stesen televisyen India. Wanita itu tidak didedahkan identitinya namun beberapa saluran media India menggelarnya sebagai ‘Amana’, perkataan Urdu bermaksud ‘abadi.’

“Kami amat sedih selepas mendapat tahu mangsa tidak dapat diselamatkan akibat kecederaannya dan mengucapkan takziah kepada keluarganya ketika keadaan dukacita ini,” kata Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan.

Hospital berkenaan sebelum ini melaporkan bahawa keadaan wanita itu semakin tenat manakala keluarganya sudah dimaklumkan dan sentiasa berada di sisinya.

Pesuruhjaya Tinggi India Singapura, TCA Raghavan, berkata selepas kematian anak mereka, keluarga itu melahirkan hasrat supaya mayatnya diterbangkan semula ke India.

Tidak lama kemudian mayat wanita pelajar berkenaan dimasukkan ke dalam sebuah van dan dibawa pergi.

Bercakap kepada media sebelum itu, Raghavan enggan mengulas laporan di India yang menuduh kerajaan menghantar mangsa ke Singapura untuk meredakan kecaman jika mangsa meninggal dunia.

Kebanyakan kes rogol dan jenayah seks lain di India tidak dilaporkan dan pesalah jarang dihukum, kata aktivis hak asasi wanita. Namun kekejaman serangan 16 Disember lalu mencetuskan kemarahan awam dan gesaan hukuman lebih keras ke atas perogol.

Sebilangan pakar perubatan India pula mempersoalkan keputusan memindahkan mangsa ke Singapura dan menyifatkannya sebagai tindakan berisiko berikutan keadaannya yang kritikal. Mereka berkata mangsa sudah menerima penjagaan terbaik di India. - REUTERS


SUMBER - Berita Harian

Mengenal Planet Utarid


Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.

Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini,kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet. Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008. MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.

Khasiat bawang putih

Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.

Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.

Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.

Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.

Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.

Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.

SUMBER yahoo.com.my

Wanita Bunuh Diri Akibat Kerap Masturbasi

Ini adalah kisah benar mengenai wanita bernama Gretchen Molannen, 39 dari Amerika Syarikat yang menderita penyakit masalah rangsangan seksual secara berterusan atau Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD).

Dia mengalami rangsangan yang sebenarnya tidak memberikan nikmat kerana berlaku sepanjang masa. Hanya badan yang terangsang, tetapi psikologinya tidak.

Gretchen pernah klimaks sebanyak 50 kali secara berterusan.

Keadaan itu menjadi beban dan penyiksaan ke atas dirinya.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah itu ialah dengan melakukan masturbasi atau melancap selama beberapa jam sehari, adakalanya sehingga puluhan kali sehari.

Perbuatan itu menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik air tempat berkerja dari melakukan kerja sebenar. Akhirnya dia terpaksa berhenti kerja.

Namun itu juga bukan jalan keluar bagi dirinya. Masalah PGAD tidak pernah reda. Dia secara berterusan terangsang.

Jalan keluar yang ditemui Gretchen adalah dengan membunuh dirinya!

Yea…selama 16 tahun dia tertekan dengan keadaan fisiologi dirinya sehingga dia mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayatnya minggu lalu.

Ia berlaku sehari selepas kisah PGAD dirinya disiarkan secara online oleh sebuah media, Tampa Bay Times.

Dia menangis ketika menceritakan beban sakitnya itu.

Dia juga berharap, pendedahan yang dilakukannya itu akan merintas jalan kepada lebih banyak kajian dilakukan terhadap PGAD kerana dia yakin ramai wanita yang tidak memahami penyakit berkenaan dan menderita dalam senyap.

Gretchen juga berharap agar masyarakat terutama kaum lelaki akan lebih memahami permasalah itu jika mereka bertemu teman yang mempunyai masalah demikian.

“Lelaki tidak faham masalah ini,” katanya dalam temuramah berkenaan.

SUMBER mynewstoday

Bebola kristal dalam nasi


HULU TERENGGANU – "Mulanya saya ingatkan tergigit batu kecil yang ada dalam nasi tetapi setelah saya keluarkan, saya dapati ia seolah-olah bola kristal kecil dan apabila dibuang ke lantai, ia melantun beberapa kali," cerita Awang Ngah, 42.

Menurutnya, dia dan isterinya, Nor Azila Ibrahim, 38, hairan dan terkejut apabila mendapati beras dibeli mereka di sebuah kedai di Kuala Berang Ahad lalu, mengandungi bendasing yang tidak dapat dikenal pasti.

"Saya membeli dua kampit beras seberat 10 kilogram. Keesokan harinya, isteri saya masak nasi gunakan beras tersebut untuk makan tengah hari dan malam tetapi ketika menikmati makan malam, saya tergigit benda keras yang saya sangka batu kecil.

"Tetapi saya terkejut apabila mendapati bendasing itu berwarna jernih, seolah-olah bebola kristal. Apabila dimaklumkan kepada isteri, dia juga mengaku menemui benda yang sama ketika menikmati makan tengah hari" katanya.

Awang berkata, musykil dengan perkara itu, dia dan isterinya melihat beras yang disimpan dalam bekas dan lebih memeranjatkan apabila mereka menemui hampir 20 biji bebola itu sebesar kepala mancis.

"Sebelum ini, saya sendiri tidak pernah menemui benda seperti ini dalam beras.

“Kerana khuatir, kami tidak lagi menggunakan beras berkenaan, malah sekampit beras sama belum sempat digunakan ibu, Saudah Seman, 74, diberi makan kepada ayam kerana ia mengandungi bendasing sama,” katanya.

Awang yang bekerja buruh kampung berkata, dia sekeluarga pelik dengan penemuan itu dan berharap supaya pihak berkenaan menjalankan siasatan kerana khuatir ia memberi kesan kepada kesihatan pengguna.

“Disebabkan bendasing ini tidak hancur, saya khuatir ia akan membahayakan individu sekiranya tertelan. Malah, apabila dibakar hanya bertukar warna seakan-akan warna lilin.

“Beras saya beli ini dibungkus di sebuah kawasan di Kuala Nerus. Saya sendiri tidak pasti sama ada bebola bulat ini memang dimasukkan ke dalam beras ataupun tidak disengajakan tetapi yang pasti saya belum pernah menemui bendasing sebegini terdapat dalam beras dibeli sebelum ini,” katanya

Wanita Malaysia tertindas secara seksual:Vivian Lee


KUALA LUMPUR, 19 Okt — Wanita Malaysia masih takut untuk lebih terbuka dengan seksualiti mereka, kadang-kadang terpaksa menyembunyikan fakta bahawa mereka mempunyai hubungan seks, kata Vivian Lee, yang sedang hangat akibat blog seks.
Dalam kesombongan mendedahkan kehidupan seks beliau di blog Sumptuous Erotica, Lee mengaku bahawa telah dibesarkan oleh keluarga konservatif, tidak seperti kekasih beliau pelajar undang-undang Alvin Tan
“Mereka tidak mahu dilabelkan, dan dianggap sebagai perempuan murahan,” gadis berusia 23 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider. “Tiada apa yang salah dengan seks.”
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun perhatian luas diterima oleh keluarga beliau, ibunya tidak pernah menyuruh untuk memutuskan hubungan dengan Tan yang berusia 24 tahun seperti yang dilaporkan dalam akhbar sesetengah akhbar Cina. “Ia tidak benar, ibu saya tidak mengatakan begitu,” jelasnya.
Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan berkenaan, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman “Gutter Uncensored”.
Graduan pemasaran dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Melaka, bingung dengan perhatian yang mereka terima dari blog tersebut. Lee mennyahaktifkan profil Facebook beliau selepas menerima permintaan kawan yang terlalu banyak, dan kini ia kini kembali, bersama-sama dengan Tan yang tidak pernah diturunkan.
Pasangan itu kemudian mula menyiarkan gambar bogel ditapis pada profil Tan di rangkaian sosial, tetapi memutuskan untuk mengambil satu forum awam disebabkan oleh peraturan sekatan kandungan di Facebook.

Menurut Lee, beliau langsung tidak teragak-agak apabila Tan mencadangkan untuk membuka blog seks mereka, dan tidak lama selepas itu mereka telah mendapat capaian yang tinggi, kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan di luar negara.
Dalam blog seks tersebut, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar dan video seksual yang menggambarkan perbuatan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks, semua dirakam di pelbagai tempat di Malaysia. Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan, untuk merakam dengan lebih dekat kemaluan mereka.
“Kami mengambil gambar antara satu sama lain,” kata Lee.
Tiga video dikongsi di blog Sumptuous Erotica termasuk apa yang telah diterangkan sebagai “video lucah pertama” mereka. Menurut pasangan tersebut video enam minit itu telah “ditrakam dan disunting dalam masa sejam dan disunting berdasarkan tema menarik.”
Video menggambarkan pasangan dalam situasi fantasi rogol, di mana Lee “diserang” di atas katilnya oleh penceroboh. “Ia adalah idea Alvin, dia fikir ia adalah berbeza dari semua lucah video lain.”
Ketika ditanya jika video mempromosikan aksi rogol yang dilihat menghina golongan wanita, Lee menjawab, “Saya tidak menyokong atau menggalakkan rogol, video itu tidak bermaksud untuk dilihat dengan begitu serius.”
“Fantasi rogol kami adalah perkara yang dipersetujui ... saya tidak merasa dihina, kerana kita hanya berlakon. Ia adalah sama seperti mana-mana pelakon lain dalam drama TV,” tambah beliau dengan mengatakan bahawa mangsa rogol tidak perlu takut melaporkan penyerang supaya mereka akan menerima hukuman.
Satu lagi video yang diambil dari perspektif Tan, menunjukkan Lee melakukan seks oral ke atas pasagannya. Video ketiga ialah pandangan orang ketiga melihat pasangan melakukan “seks panas di Kuala Lumpur” selama lapan minit.
Walaupun banyak komen-komen negatif kepada penampilan beliau, Lee berkata, dia selesa dengan tubuhnya, seperti Tan.
“Saya tidak berasa tidak selamat tentang diri saya,” katanya, apabila ditanya tentang bagaimana dia mendapat keyakinan beliau. “Ia adalah satu perkara yang semula jadi.”
Walaupun blog telah dibawa turun, Lee menyangka bahawa episod tersebut mungkin memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dengan kehidupan seksualiti mereka.
“Jadilah diri sendiri,” beliau menasihatkan wanita Malaysia lain yang aktif secara seksual.
Lee kini sedang mencari pekerjaan sepadan dengan minat beliau dalam reka bentuk dan seni, manakala jurucakap NUS telah mengesahkan semalam bahawa Tan akan disiasat oleh Lembaga Disiplin Universiti (BOD).

PRU: Anwar cabar Najib bertanding di Maran

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Parlimen Pekan.

Anwar yang ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini bagaimanapun mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikuti langkah Abdul Hadi, untuk menyatakan kesediaan bertanding di Parlimen Marang, yang kini milik Abdul Hadi.

“Kami belum membincangkan perkara itu ... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti.

“Tapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas ... jika benar beliau yakin, beliau perlu nytakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang,” katanya.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi turun temurun keluarga Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Hasratnya itu turut disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pemimpin Umno bagaimanapun melihat tindakan Abdul Hadi umpama “membunuh karier politiknya” kerana mereka menjangkakan sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.

Najib yang bertanding di Pekan pertama kalinya ketika berusia 24 tahun menang tanpa bertanding selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 1976.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999.

27 kanak-kanak mangsa culik kenalan Facebook

Jakarta: Seramai 27 daripada 129 kanak-kanak yang dilaporkan hilang kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (KOMNAS PA) dipercayai diculik selepas bertemu penjenayah menerusi Facebook, kata pengerusi kumpulan itu, Arist Merdeka Sirait.

Salah seorang daripada mereka berkenalan dengan penculik menerusi laman web sosial itu ditemui mati manakala ada sekurang-kurangnya tujuh laporan penculikan gadis oleh lelaki yang mereka temui di Facebook.

Walaupun tiada data kukuh, polis dan kumpulan bantuan yang bertanggungjawab menangani isu penyeludupan manusia berkata ia menjadi masalah besar di negara itu.

Mungkin Indonesia adalah negara yang unik. Sebaik laporan mula diterima, anda akan tahu ia memang berlaku di banyak negara. Internet adalah antara medium global. Ia tidak membezakan antara kaya dan miskin. Ia tidak membezakan antara ekonomi atau budaya negara, kata pegawai program yang bertanggungjawab ke atas isu perlindungan kanak-kanak online, Anjan Bose.

Laman web yang mengesan media sosial berkata, Indonesia mempunyai hampir 50 juta penduduk yang mempunyai akaun Facebook dan menjadi antara negara paling ramai pengguna selepas Amerika Syarikat.

Ramai golongan muda Indonesia, dan ibu bapa mereka tidak sedar mengenai bahaya membenarkan orang asing melihat maklumat peribadi secara online. Remaja kerap menyiarkan gambar dan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon, sekolah dan tempat yang kerap dikunjungi tanpa menggunakan penetapan peribadi, membolehkan sesiapa saja menemui mereka dan mengetahui segala-galanya mengenai mereka.

Kita bergelut dengan masa dan kegilaan teknologi mengenai Facebook menjadi aliran di kalangan remaja di sini. Polis perlu bertindak pantas atau lebih ramai remaja perempuan akan menjadi mangsa, kata Sirait. 


SUMBER - Agensi

Wanita Jepun memilih memakai lampin elak ke tandas

Menurut laporan sebuah artikel “The Ultimate Form of Slob” oleh SPA Magazine lampin dewasa semakin popular di kalangan wanita Jepun yang mengatakan bahawa mereka dapat menjimatkan banyak masa apabila memakai lampin daripada membuang masa untuk ke tandas.



Pemuda yang dibelasah kes ragut meninggal dunia

Seorang pemuda yang cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki minggu lalu kerana disangka terlibat dalam satu kejadian ragut sebelum itu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani pagi tadi.

Ku Ameerul Arshad Ku Salim, 20, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan sejak kejadian itu Isnin minggu lalu kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta koma, meninggal kira-kira 9.40 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Chang berkata lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu telah direman bagi membantu siasatan.

"Empat daripada mereka ditahan sehari selepas kejadian manakala empat lagi ditahan di sekitar bandar Sungai Petani pagi tadi.

"Kes sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun selepas kematian mangsa, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya di Taman Ria di sini apabila diserang sekumpulan lelaki.

Menurut bapanya, Ku Salim Ku Long, 58, terdapat lima lagi rakannya di rumah berkenaan semasa kejadian.

"Sewaktu mereka sedang berehat, sekumpulan lelaki datang dan memecahkan pintu rumah sebelum memukul anak saya serta rakan-rakannya yang ada di dalam rumah itu.

"Anak saya sempat melarikan diri namun dia terjatuh ke dalam longkang. Dia kemudiannya dikejar dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit," katanya.

-Bernama

Hantar gambar bogel untuk ubati kekasih

KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya.

Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon. “Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam. Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang. “Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain,” katanya. Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. 

“Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar ‘Datuk’ meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya. “Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati,” katanya. Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti. “Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya,” katanya.

Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam. Menurut ibunya yang dikenali sebagai Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. “Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku. “Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Gadis api diganggu rayu pakar perubatan tradisional

KOTA BHARU - ’Gadis api’ yang mengalami masalah diekori api misteri sejak dua tahun lalu dari Kampung Penambang, Bunga Emas, di sini, hanya tenang ketika solat.

Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, meminta agar mana-mana pakar perubatan tradisional atau ustaz dapat merawat gangguan jin yang dikatakan berdampingan dengannya yang juga menjadi punca diekori api itu.

Menurutnya, sejak diekori api berkenaan, hidupnya tidak keruan selain sering dicemuh masyarakat kerana menimbulkan kekecohan di kawasan setempat, setiap kali diekori api misteri itu.

Wan Nor Fatihah berkata, dia begitu mengharapkan pertolongan pihak berpengalaman bagi merawat gangguan itu.

“Saya harap jika ada mana-mana ustaz atau bomoh, yang boleh merawat saya untuk buang gangguan jin ini.

“Lebih teruk lagi, apabila api misteri itu akan muncul hampir 11 kali setiap hari bermula awal pagi sehingga lewat malam, di dalam rumah dengan membakar pakaian, telefon bimbit, almari, selimut selain telefon bimbit dan kamera serta segala peralatan dalam rumah,” katanya.

Pada kunjungan ke rumahnya kelmarin, wartawan Sinar Harian turut merasai pengalaman mengenai kemunculan api misteri itu kira-kira jam 6 petang, hampir dua kali.

Seperti tidak percaya apa yang dilihat, api misteri itu muncul di permukaan kain dan keluarganya terpaksa bertungkus lumus memadamkan api itu.

Sementara itu menurut Wan Nor Fatihah lagi, insiden terbaru, menyebabkan rumah ibu saudaranya juga yang berada berdekatan, turut terbakar selepas dia serta neneknya Zainab Sulaiman, 75 berkunjung ke kawasan itu kelmarin.

“Sudah puas saya ikhtiar sendiri, bertemu berpuluh bomoh dan ustaz di Kelantan dan luar Kelantan, namun gangguan itu tetap muncul semula dan api itu akan muncul pada setiap masa.

“Saya sedih apabila masyarakat memandang serong terhadap diri saya, akibat kejadian ini saya hanya duduk di rumah dan tidak bercampur dengan penduduk sekitar,” katanya.


Biarpun dicemuh dan kecam, namun dia masih berharap ada sinar baru bagi dirinya yang ingin hidup seperti manusia normal lain, dan dapat bergaul dengan masyarakat setempat.

“Saya ingin menjalani hidup seperti orang lain juga, boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak dibelenggu masalah ini setiap masa.

“Akibat kejadian itu, saya takut untuk berkunjung ke rumah orang lain, bimbang jika api misteri itu muncul dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Menurut Zainab, dia sentiasa berharap agar cucunya itu dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas ini dan pulih dari gangguan itu.

Ia bukan sahaja menyebabkan dia terpaksa hidup dalam ketakutan, malah anaknya Rafeah Zakaria, 42, yang merupakan ibu kepada Wan Nor Fatihah, selain dua cucunya, Wan Mohd Faiz, 16, dan Wan Nurfatini 12, terpaksa menghadapi kebakaran yang berlaku tidak kira waktu dan ketika.

Mereka turut bertungkus lumus memadamkan api yang membakar apa sahaja yang ada di dalam kediaman mereka.

Sinar Harian sebelum ini, ada melaporkan mengenai kejadian terbabit yang menghantui gadis dan keluarganya itu sejak dua tahun lalu, namun walaupun pernah berubat dengan pelbagai pihak termasuk ustaz dan berjumpa dengan pakar perubatan tradisional, namun kejadian itu tetap mengganggunya dan keluarga sehingga kini.

SUMBER

Gordon-Brown mahasiswa termuda berusia 12 tahun


LONDON: Seorang budak berusia 12 tahun yang mendapat markah A bagi subjek matematik dalam peperiksaan sekolah menengah kini menjadi mahasiswa termuda Britain.

Berdasarkan umurnya, Xavier Gordon-Brown mungkin terlalu muda untuk dibenarkan membuka akaun di Facebook, namun pada masa sama, dia kini mengikuti kursus matematik bagi peringkat ijazah.

Gordon-Brown layak mengikuti pengajian peringkat universiti selepas lulus ujian Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) pada 2009 dan menjadikan dia calon termuda memperoleh markah A dalam subjek berkenaan.

Kini, Gordon-Brown mengikuti kelas pengajian di Universiti Terbuka di Grinstead Timur dua atau tiga kali sebulan.


Disebabkan usianya juga, Gordon-Brown terpaksa ditemani ibunya setiap kali dia pergi ke dewan kuliah.


Berasal dari Haywards Heath di Sussex, Gordon-Brown masih meneruskan persekolahannya seperti biasa, selain menyertai pelbagai aktiviti seperti belajar bermain klarinet, piano dan biola.

Di sekolah, Gordon-Brown mempelajari empat bahasa asing dan aktif bermain bola.

Dia mengikuti kuliah apabila tiada sesi persekolahan atau aktiviti berkaitan dengannya.

Ibu Gordon-Brown, Erica, berkata dia amat bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.

Walaupun ada ibu bapa yang memastikan anak mereka membesar di kalangan rakan sebaya, dia berpendapat, Gordon-Brown boleh menyesuaikan diri bergaul dengan mahasiswa yang jauh lebih dewasa daripadanya.

“Adalah baik untuk Gordon-Brown dapat berkawan dengan seseorang yang memiliki tahap intelektual setara dengannya,” katanya.

Minat Gordon-Brown kepada angka bermula sejak awal.

Kata Erica, anaknya itu mula menguasai kemahiran sifir sebelum berusia empat tahun dan mampu menyelesaikan soalan aritmetik mental walaupun belum bersekolah.

“Setahun selepas mencatat kejayaan di peringkat GCSE, Gordon-Brown lulus peperiksaan A-level,” katanya. - DM

Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya. Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun. Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks. Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan. Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor. Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam. Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun. Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

SUMBER

Kelebihan buah anggur

Dalam satu kajian yang dilakukan tentang proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protien boleh mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Namun ia boleh dielakkan dengan mengambil buah-buhan yang mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggur.

Tidak dapat dinafikan lagi kelebihan yang terdapat pada buah anggur ini, dan bukan itu sahaja kelebihan yang ada pada anggur, antara kelebihan yang ada pada buah anggur ialah :



1. Boleh menghilangkan bau mulut yang busuk.
2. Mencairkan lendir atau kahak di dalam tekak.
3. Menghilangkan rasa lenguh dan letih.
4. Menghilangkan perasaan marah.
5. Menguningkan warna kulit (menjadikan kulit lebih gebu)
6. Menguatkan daya ingatan dan kecerdasan otak.
7. Mampu menyembuhkan batuk-batuk.
8. Menghilangkan rasa pedih / sakit pada buah pinggang dan pundi kencing.
9. Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya ia mudah hadam.
10. Menguatkan hati dan jantung.


Banyakkan kelebihan yang ada pada buah anggur ini? Jadi selepas ini jadikan penggambilan buah anggur ini sebagai amalan pemakanan seharian anda untuk menikmati khasiat-khasiat yang terdapat pada buah anggur ini.

SUMBER



Seal tuduh Heidi Klum tidak setia

Heidi Klum dan Seal mungkin kelihatan seperti sebuah pasangan suami isteri yang bahagia. Namun, perpisahan mereka yang diumumkan pada bulan Januari lalu setelah tujuh tahun bersama ternyata meleset.
Manakan tidak kini timbul pula dakwaan penyanyi Seal yang terkenal dengan lagu "Kiss From a Rose" menuduh bekas isterinya telah bermain kayu tiga sebelum pasangan tersebut bercerai.
Tuduhan tersebut dibuat setelah gambar-gambar Heidi yang kelihatan sedang bermesra dengan pengawal peribadi sepanjang bercuti di Sardinia, Itali tersebar di media.

"Walaupun saya tidak mengharapkan dia (pengawal peribadi) lakukan sesuatu yang lebih baik, saya ingatkan Heidi boleh menjadi contoh yang bagus dengan sekurang-kurangnya tunggu sehingga kami berpisah sebelum bertindak mengadakan hubungan sulit dengan lelaki itu," ujar beliau di sebuah video yang dipaparkan di portal TMZ.

"Tapi saya rasa kini anda semua sudah mendapat jawapan yang dicari selama tujuh bulan ini."
Pihak Heidi pula menolak spekulasi tersebut dengan mengatakan bahawa hubungan Heidi dengan pengawal peribadi beliau tidak lebih daripada sudut profesional. Tambahan pula, mereka berdua berkawan rapat setelah lelaki tersebut berkhidmat kepada keluarganya selama empat tahun.
Heidi juga menjelaskan bahawa antara punca perpisahan yang berlaku adalah disebabkan sikap Seal yang pemarah.

Perpisahan yang sepatutnya dibuat atas persetujuan bersama akhirnya memberikan kesan pahit kepada mereka berdua.

Sumber


Peragut masuk wad kena belasah

KUALA LUMPUR – Cubaan tiga pemuda untuk menyamun seorang wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat semalam bukan sahaja tidak berhasil malah salah seorang daripada mereka cedera parah dibelasah selepas diberkas oleh orang awam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini, tiga suspek tersebut menunggang dua buah motosikal jenis Yamaha 125Z manakala mangsa pula menaiki kereta Honda Insight seorang diri.

Sebaik mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat itu, salah seorang suspek terus memecah cermin kereta mangsa yang berusia 30-an.

Malangnya perbuatan suspek itu dilihat oleh seorang pemandu van jenis Nissan Vannete yang kemudian berhenti di belakang kereta mangsa.

Difahamkan, pemandu van tersebut kemudian bertindak nekad merempuh sebuah motosikal dinaiki dua suspek dengan salah seorang sedang menarik beg tangan mangsa dari dalam keretanya.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua suspek berkenaan terjatuh ke atas jalan tetapi salah seorang suspek itu kemudian sempat bangun dan melarikan diri.

Seorang lagi suspek yang menunggang sebuah motosikal lain turut meninggalkan tempat kejadian.

Orang awam yang melihat seorang suspek yang berbadan agak gempal yang tidak sempat melarikan diri terus menangkap suspek itu.





Berikutan itu, suspek berusia 20-an itu yang difahamkan baru dibebaskan dari pusat tahanan Simpang Renggam, Johor dibelasah sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang cedera parah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan ditempatkan di wad separa kritikal.

Parti liar dadah di Pulau Tioman diserbu polis

KUANTAN: Dengan mengenakan bayaran serendah RM150 setiap seorang, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman, Rompin, pagi kelmarin.


Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.


Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta

Sumber




Illustrasi oleh Dave MacDowell












Graffiti Jalanan oleh Smug One



 











Mangga

Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.


Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.


Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab-kitab Veda Hindu. Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Malayalam, maanga,  dan dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'.




Piring terbang (UFO)

Piring terbang (juga dipanggil UFO) yang sering dimaksudkan ramai ialah sejenis objek terbang atau fenomena optik yang tidak dikenali. Ia dikatakan merupakan kapal angkasa yang dinaiki makhluk asing (juga dipanggil E.T.). Ribuan manusia telah mengaku bahawa mereka telah melihat piring terbang, dan menangkap gambarnya. Dikatakan bentuk piring terbang itu berbeza-beza, ada yang pipih seperti piring, bulat seperti bola dan lain-lain. Warnanya juga bermacam-macam, malah ada piring terbang yang berubah warnanya apabila ditatap lama-lama.

Namun, sehingga kini kewujudan piring terbang masih tidak dapat dipastikan. Dalam kebanyakan kes, objek yang dianggap sebagai piring terbang itu sebenarnya ialah belon cuaca. Boleh jadi juga objek itu merupakan sebuah satelit, kapal udara, segumpal awan, sebuah meteor, komet, bintang ataupun sekadar bunga api yang meletup di udara. Belum terdapat apa-apa bukti yang mengatakan bahawa planet bumi telah dikunjungi makhluk asing dari planet lain.


Penggunaan istilah "piring terbang" pertama kali digunakan oleh juruterbang Kenneth Arnold yang melihat sembilan objek terbang aneh dalam suatu formasi di atas Gunung Rainier di pergunungan Cascade, Washington. Peristiwa itu terjadi pada 24 Jun 1947. Sejak itu, hal UFO banyak diperkatakan orang. Ia turut pernah dibicarakan di forum PBB pada 27 November 1978.



Ilustrasi oleh Jodie Azhar

Jodie Azhar adalah seorang artis UK berasaskan komik dan animator dengan kecintaan untuk seni dan muzik.

Manga seolah-olah cara yang paling sesuai untuk menyatakan idea, kerana ia memberi tumpuan kepada penceritaan dan pembangunan watak. Inspirasi beliau dalam manga termasuklah artis-artis Jepun Kaori Yuki, Naoko Takeuchi dan CLAMP.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news