Gunung Everest

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepal gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibet Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam").. Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir Andrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).

Pada 6 Jun 1924, George Mallory dan Andrew Irvine dari United Kingdom, membuat cubaan ke puncak dari mana mereka tidak pernah kembali. Noel Odell, pakar geologi ekspedisi tersebut, melihat pasangan tersebut memanjat "dengan penuh semangat... hampir dengan pangkal piramid akhir" pada 12:50 tengahari pada hari tersebut. Pada tahun 1979 pendaki Wang Hongbao dari China mendedahkan kepada rakannya bahawa dia telah menjumpai mayat pada tahun 1975 yang dikatakan menyerupai gambaran Irvine, bagaimanapun dia terbunuh dalam runtuhan keesokkan harinya sebelum sempat memberikan gambaran terperinci kepada orang lain. Pada tahun 1999 bagaimanapun, Ekspedisi Penyelidikan Mallory dan Irvine yang terkenal mengenalpasti mayat Mallory di kawasan pencarian yang dijangkakan berhampiran kem China lama. Kontrovesi telah timbul dikalangan masyarakat pendaki gunung mengenai samada pasangan tersebut berjaya mendaki kepuncak dunia, 29 tahun sebelum pendakian yang disahkan (dan pastinya, penurunan selamat) Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada tahun 1953. Persetujuan umum dikalangan pendaki sebagaimana dinyatakan oleh Reinhold Messner, adalah tidak; bagaimanapun, pada (2004) satu lagi ekspedisi sedang dijalankan oleh pihak yang menjumpai tubuh Mallory bagi menjejak Irvine berpeluang bagi mendapat bukti lanjut mengenai hal tersebut. Terutamanya, keduanya diketahui membawa satu kamera Kodak 'Vestpocket' (kemungkinannya Irvine, kerana tidak terdapat pada Mallory), yang filemnya masih boleh dicuci walaupun selepas 80 tahun kemudian, dan mungkin mengandungi gambar kejayaan mencapai puncak.






Mallory telah mengembara bagi berucap mengelilingi Amerika Syarikat pada tahun-tahun sebelum 1923; ia ketika itu dia memberikan jawapan terkemuka, "Kerana ia di situ," kepada pemberita New York bagi menjawab soalan," Kenapa mendaki Everest? " untuk apa yang kelihatannya yang keseribu kali.

Pada tahun 1995 George Mallory II dari Afrika Selatan (cucu) menawan puncak Everest.

Pada tahun 1933, Lady Houston, jutawan dan bekas gadis penari, membiayai The Houston Everest Flight of 1933, yang menganjurkan formasi kapal terbang yang diketuai olehMarquess of Clydesdale melintas melalui kemuncak dalam usaha meletakkan bendera Union Jack British dipuncak.

Ekspedisi awal memanjat gunung dilakukan melalui Tibet, dari arah utara. Walaubagaimanapun, laluan ini ditutup kepada ekspedisi barat pada tahun 1950,iaitu selepas China mengambil alih Tibet. Semasa tahun 1951 dan tahun 1952 ekspedisi yang diketuai oleh British, termasuk Edmund Hillary, mengembara masuk ke dalam Nepal untuk meninjau laluan baru melalui arah selatan.

Mengikut jejak British, ekspedisi Swizland cuba mendaki melalui arah selatan, tetapi terpaksa berpatah balik 200 meter dari puncak. Antara ahli pasukan pendaki adalah Sherpa Tenzing Norgay.

Pada tahun 1953, ekspedisi ke sembilan British, diketuai oleh pegawai British John Hunt, kembali ke Nepal. Hunt memilih dua pasukan pendaki untuk cuba sampai ke puncak. Pasangan pertama berpatah balik selepas keletihan yang tinggi di gunung. Keesokkan harinya, ekspedisi itu menjadi ekspedisi kedua dan terakhir bagi pasangan itu yang menjadi pasangan mandaki yang paling tegap dan berkesungguhan.Puncak itu akhirnya dapat didaki pada jam 11.30 pagi pada 29 Mei,1953 oleh orang dari New Zealand iaitu Edmund Hillary dan Sherpa. Tenzing Norgay dari Nepal yang berjaya mendaki South Col Route. Walaupun Hillary mengaku bahawa dia lebih jauh kehadapan berbanding Tenzing kedua-keduanya menghargai usaha kepasukan sepanjang pendakian tersebut.Mereka berhenti sementara untuk mengambil gambar dan menanam beberapa gula-gula dan sebatang kecil salib ke dalam salji sebelum mendaki turun.Berita kejayaan ekspedisi itu sampai kepada Ratu Elizabeth II'. Mereka kembali semula ke Kathmandu beberapa hari kemudian dan Hillary dan Hunt mendapati mereka telah dianugerahkan pangkat Kesatria atas usaha mereka.

Pada 16 Mei, 1975 Junko Tabei telah menjadi wanita pertama untuk sampai ke puncak Everest .Pada 25 Mei,2001, Erik Weihenmayer menjadi pendaki buta yang pertama untuk sampai ke puncak tersebut.

Semasa penghujung musim mendaki pada tahun 2001,1491 orang telah berjaya mendaki puncak tersebut (560 orang semenjak tahun 1998), dan hampir 172 orang pendaki yang telah maut,dan tahun termalang ialah pada tahun 1996 di mana 15 orang telah maut semasa cuba mendaki untuk sampai ke puncak dan hari yang terburuk ialah di mana 8 orang pendaki telah maut.Pada Mei 2004, Kent Moore - seorang ahli fizik dari University of Toronto - memberitahu kepada New Scientist mengenai analisa keadaan cuaca pada hari yang paling malang itu menunjukkan bahawa keadaan cuaca yang buruk telah menyebabkan kadar oksigen menyusut hampir 14%. Lapan mereka yang terbunuh itu merupakan sebahagian daripada 26 orang yang telah mendaki puncak gunung itu tanpa bantuan oksigen.

Keadaan puncak yang sukar didaki telah menyusahkan proses untuk membawa turun mayat di mana hampir semua mayat mereka yang telah terkorban dibiarkan di tempat asal kematian mereka,dan sesetengahnya dapat dilihat dengan jelas dari kawasan pendakian yang biasa.

Kebanyakan pendakian menggunakan topeng oksigen dan tangki oksigen . Di atas kawasan melibihi 8000m (26,000 kaki); kawasan ini dikenali sebagai kawasan maut.Puncak Everest boleh didaki tanpa bantuan oksigen, namun ini memerlukan latihan kesihatan yang khas dan ia juga meningkatkan risiko kepada pendaki :kerana manusia tidak dapat berfikir dengan betul apabila kekurangan oksigen .Cuaca, suhu yang rendah dan juga jurang-jurang yang berbahaya memerlukan tindakan yang cepat dan betul apabila ingin mendakinya.

Pendaki gunung merupakan sumber bagi penyedia perkhidamatan untuk rakyat Nepal: ia bermula dari mereka yang berpengalaman hingga mereka yang mengambil bayaran dari pelawat untuk membawa mereka hingga ke puncak.

Mohandas Nagappan dan Magendran Moorthy merupakan warga Malaysia pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 1997.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news